Sunday, June 28, 2009

Kismis MINDA


  • Kismis merupakan buah anggur yang sudah dikeringkan.

Kismis manis disebabkan kepekatan gula yang tinggi (60% daripada berat asal kismis), dan akibat disimpan lama, gula menjadi kristal. Justeru, walau buah kelihatan kecut, kandungan gulanya yang terdiri daripada fruktosa dan glukosa tidak berubah.

Kismis yang dikeluarkan oleh HPA melalui proses pengeringan semulajadi menggunakan sinar matahari,justeru keasliannya terpelihara dan dapat mengekalkan kualiti kismis.

Khasiat Kismis

~Kismis digunakan sebagai sumber diet bagi mendapatkan asid lemak dan tokoferol sebagai antioksida. Bahkan menyamai buah prun dan aprikot.

~Kismis baik untuk hati, memperbaiki sirkulasi, melawas pembuangan, memperbaiki keanjalan kulit dan meningkatkan memori.

~Berupaya melawan bakteria mulut yang menyebabkan pereputan gigi kerana Kismis mengandungi asid oleanik dan betulin yang menghalang tindakan bakteria Streptococcus ini dibuktikan oleh kajian makmal yang menolak kesan gula dalam kismis boleh mereputkan gigi.

~Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah yang membekalkan oksigen ke otak. Kekurangan oksigen boleh menyebabkan tergendalanya aktiviti harian, mudah mengantuk, pelupa dan lemah.

~Kismis yang diimport ini juga (kismis dikeluarkan oleh negara2 seperti Amerika Syarikat,Australia , Chili, Argentina, Syria, Turki, Iran dan Afrika Selatan) memiliki karbohidrat, fiber, lemak, protein, kalsium dan natrium yang merupakan mineral penting untuk badan.


CARA PENGGUNAAN

jadikan amalan pada waktu pagi, diambil sebelum makan.


"Menguatkan kecerdasan fizikal dan Minda.

Sesuai diamalkan untuk semua peringkat umur"

No comments:

Post a Comment